New starter lah konon? (Part One)

Cemana sial nak start. -_-

Assalamualaikum.
Hi.

Memandangkan sekarang dah bulan lima kan, ramai lepasan SPM pun sambung study kat U, Form 6, Matrikulasi, kolej etcetera. Aku tak sure sangat untuk yang lain masuk bila kecuali Matriks sebabnya...
dulu
aku
budak
Matriks
weeeeeeeeeee!!!

Aku alumni (omaigod rasa tua sangat y'all cakap alumni) KMPP (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang) sesi 2017/2018. Yezzzzzzz, masih panas macam taik ayam keluar Matriks. Segala baju barang semua masih tersadai cantik je bhai kat bilik menandakan aku sangat, sangat baru habis Matriks.

side note: Korang kira untung ada senior nak bagi talk (lol bodo bukan talk senanya aku tak jumpa ayat sesuai nak cakap pe) pasal Matriks. Memandangkan aku taktau nak buatpe duk rumah aku pun cari bahan bacaan yang berkualiti. Let me rephrase that, BERKUALITI tapi meh susah nokharam nak jumpa so aku decide aku tulis samting yang bermanfaat untuk orang lain. Mohon bersyukur adik adikku semua. :)

Babi banyak sial nak cakap kalau post sekali, panjang dia boleh buat buku. KAH! Okay la, dalam entry ni aku cuma nak cakap pasal keperluan korang kat Matriks atau asrama pun okay kot pakai method ni?

Untuk baju, korang takyah bawa banyak sangat, jangan risau sana ada washing machine dan please jangan jadi pemalas macam unta untuk basuh. Takat kau ada buat tukar ganti je cukup lah, kau masuk Matriks je bukan pindah rumah sial. Paling lama duduk sana pun dua tahun, so everyone, calm ur tits/balls. Almari sana almari dua pintu je, takyah meriah macam almari 12 pintu. Seluar pun sama, beragak lah bawa. Yang Islam, bawa lah sejadah, Quran dan seangkatan dengannya. Stokin, tie, spender semua bawa beragak, tapi takyah sikit sangat nanti spender kena pinjam member lak kang berkudis bawahnya aku tak tahu bodo. Yang perempuan tu bra semua segala tu bawa ah, nak aku listkan juga ke... Kasut pun takyah meriah, kau bawa kasut kuliah, kasut pergi ke mana sahaja (selipar) dan sport shoes. Selipar tu cari lah yang sesuai dipakai masuk jamban dan juga sesuai gi dating tepi tasik eh. Pastu korang boleh gak bawa rak kasut untuk letak kasut sebab sana takde diorang sediakan. Tapi jangan kedekut bodo tak nak share dengan roommate kau memang celaka kalau centu. Barang barang penjagaan diri (wowww, penjagaan diri siot sangat Melayu pure) macam bedak, deodorant, minyak rambut, sikat, shaver (AHAHAHAHA!) jangan lupa bawa takde siapa nak bagi pinjam melainkan peminjam tu baik namamp0s (sila simpan member ceni). Ubat tu bawa ah satu dua manatahu kot tiba kau demam lak en. Tapi koperasi ada jual jerrrrr.

Untuk bilik pula, siapa rasa nak duduk tepi tingkap mohon bawa langsir siap siap, aku mohon korang jadi manusia bertamadun. Zaman aku dulu kat sana spender pun dia sidai buat langsir lancau kotor mata. Bawa la sarung bantal, selimut, cadar, kalau kau nak bawa bantal sendiri pun takpe asalkan kau tak bawa katil sendiri tu memang bangang abadi apa sial haritu dalam group ws KMPP untuk budak yang nak masuk KMPP dengan batch kitorang, ada budak tanya ada katil ke tak, takleh brain bodo. Kalau takde katil mau mampos aku dulu nak angkut katil gi sana dah la duduk jauh. Pastu bawa tikar sebab kau nak landing bawah ke nanti takde ah badan kejang sebab sejuk. Yang mana tak biasa panas, bawa kipas. Sana takde aircond. Kipas siling satu je tu pun kalau kau jenis budak beramal soleh rezeki kau dapat kipas yang nais, nombor satu pun dia ligan laju macam kipas helikopter. Kalau memang kau nasib malang nombor lima pun macam palat. Tapi jangan tibai bawa kipas tinggi tu bodo, bawa yang kecil je sudah bodo.

Untuk barang elektrik contohnya iron, kettle, satu bilik kena ada satu sahaja untuk dua dua barang tu. Ni semua sebab langkah keselamatan. Iron dengan kettle banyak pakai electric en, aku rasa sampai sini korang boleh imagine kot apa jadi kalau overuse sebab aku malas nak explain. Takleh bawa extension plug, dan paling parah duduk sana, sorang dapat satu je plug hahahahaha Alhamdulillah dah habis Matriks. :D

Toiletries lak, kau bawa sabun, syampu, pencuci muka, berus & ubat gigi dah. Untuk perempuan aku taktahu do korang punya barang banyak doh. Ha perempuan bawa lah apa yang rasa perlu asal tak beban diri korang nak bawa barang bebanyak dan asalkan almari korang muat nak letak segalanya. Toiletries tu ada je jual kat koperasi kalau habis leh beli so takyah bawa lebih lebih unless kalau korang jenis yang nak pakai brand yang sama tu tengok gak ah sebab koperasi tak jual semua brand, dia jual buat syarat je dah.

Oh, sabun basuh baju, hanger dan pengepit baju pun sila bawa, untuk basuh baju kan, rutin favorite korang kat sana HAHAHA! Kalau sabun basuh baju dengan hanger, koop pun ada jual leh beli sana, kalau kau tak nak pakai sabun baju yang dia dah sediakan la kat tepi washing machine sebab bau dia macam zzzzzzzzz gak ah. Selain tu juga, kau boleh gak bawa penyapu penyodok biar senang nak buat segala cleanings, kau nak bawa mop lagi nice.

Makanan untuk korang makan memalam macam biskut, oat, maggi, milo, gula, kopi, bawa gak ah sebab nanti kat sana cafe tak macam mamak beb, around pukul 9 centu dah start kemas. Koop ada gak jual tapi, dah alang alang nak masuk Matriks semua benda beli pakai duit mak pak en, ambil kesempatan la beli before masuk. Bawa la sekali utensil, pinggan, cawan. Kalau kau part time ninja, kau leh je cilok kat cafe benda benda tu. Pastu bawa ah sabun basuh pinggan kalau ko nak aaa kalau ko tak nak kau jilat je bila dah habis pakai. lol

Tu je kot untuk entry kalini. Next entry aku nak sambung pasal aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa taktahu... Kau baca jelah tapi nanti aku asingkan life duduk kompel dengan life study dalam kelas biar otak korang mampu bezakan dan cerna segala content entry aku.

Oh ha, by the time aku post entry ni, aku tahu post aku ni untuk students Matriks sesi 2018/2019 dah tak relevan sebab korang dah masuk last week en. HAHAHAHA! Maaf I lambat post gitahu benda benda ni oopssss. x)

Ciao.



Comments

Popular posts from this blog

Welcome to Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)!!!